Kelas Nadi Mahir Masak (Pembuatan Red Velvet Almond Soft Cookies)

24 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara praktikal menghasilkan red velvet almond soft cookies. Peserta membawa bahan-bahan untuk menghasilkan soft cookies. Sebelum mula, guru Mahir menerangkan mengenai dua tugasan yang perlu dihantar oleh peserta. Menerangkan cara mengupload tugasan dalam sistem MTS. Selepas itu, peserta diterangkan dengan cara menghasilkan Red Velvet Almond Soft Cookies. Peserta berjaya menghasilkan dengan tunjuk ajar guru mahir.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali